Join the Online Community SMK Methodist ACS (M)

Majlis Unggun Api Pengakap Ke-88

Pada 7 Julai 2012, Majlis Unggun Api Kumpulan Pengakap 05 Seremban Timur telah diadakan. Sebanyak 11 buah pasukan pengakap sekolah –sekolah dalam daerah ini dan semua persatuan di ACS dijemput menghadiri majlis tersebut. Tema majlis unggun api tersebut adalah “05OME ADVENTURES”. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menjalin hubungan antara kumpulan, meningkatkan semangat pengakap dan meningkatkan mutu kokurikulum sekolah serta mengekalkan tradisi pengakap. Berbagai persembahan telah dipersembahkan oleh para pelajar SMK Methodist (ACS). Majlis tersebut bermula pada jam 7 petang dan tamat dengan jayanya pada pukul 10 malam.